Cari @ Amanz

Honor sebelum ini telah memperkenalkan telefon pintar Honor 6X untuk pasaran China. Hari ini, di CES 2017, pihak Honor mengambil peluang untuk turut melancarkan peranti sama untuk pasaran global.

Honor 6X merupakan kemaskini kepada keluarga Honor 5X yang diperkenalkan tahun lepas, dan kali ini pihak Honor turut menekankan kepada penggunaan dwi-kamera pada telefon pintar ini.

Honor 6X

Dari segi rekaan, ia menggunakan rekaan kerangka berasaskan logam dimana ia melengkung pada bahagian belakang, Peranti ini menggunakan skrin 5.5-inci dengan kaca 2.5D. Sebanyak tiga warna ditawarkan, iaitu perak, kelabu dan juga emas.

Honor 6X

Pada bahagian kamera, Honor 6X menggunakan gabungan lensa 12-megapixel dan 2-megapixel pada bahagian belakang, membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam bentuk bokeh dan sebagainya. Pengguna juga boleh merakamkan gambar dan kemudian menyesuaikan fokus pada kemudian hari.

Dari segi spesifikasi, ia menawarkan cip pemprosesan Kirin 655 dengan binaan 16nm, GPU Mali T830-MP2, dan memori sehingga 4GB RAM. Honor 6X juga menawarkan ruangan storan dalam pilihan 32GB dan 64GB dengan sokongan kebolehan diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. Honor mengatakan mereka turut menawarkan beberapa pengoptimasian perisian dalam memastikan fail dan dokumen dibuka dengan pantas, selain pengurusan fail yang baik melaluinya. Honor mengatakan kemaskini Android 7.0 Nougat dan EMUI 5.0 akan hadir untuk Honor 6X menjelang suku kedua 2017 ini. Honor 6X menggunakan bateri berkapasiti 3340mAh.

Honor 6X

Salah satu ciri menarik bagi kami pada Honor 6X ini adalah kebolehan WiFi Repeater, dimana pengguna boleh menghubungkan peranti ke rangkaian WiFi – dan pada masa yang sama berkongsi rangkaian WiFi berkenaan kepada pengguna lain, sekaligus meliputi ruangan yang lebih besar, terutamanya sekiranya di rumah yang terdapat beberapa titik yang tidak menerima liputan WiFi berkenaan.

Honor 6X

Honor 6X ini akan dijual bermula 4 Januari secara berperingkat mengikut negara, termasuk Malaysia. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya daripada Honor Malaysia tidak lama lagi.

Honor 6X

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd