Dell Mengemaskini Komputer Permainan Inspiron 7000 Dengan Kaby Lake Dan GTX 1050

Dell Mengemaskini Komputer Permainan Inspiron 7000 Dengan Kaby Lake Dan GTX 1050

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

Selain daripada Acer yang mempunyai penawaran komputer permainan pada harga kompetitif, pihak Dell turut mempunyai penawaran tersendiri dibawah keluarga Inspiron 7000. Siri komputer riba berkenaan pernah dilancarkan di Malaysia sebelum ini, dan kini pada CES 2017, pihak Dell mengemaskini penawaran siri berkenaan dengan kemaskini spesifikasi terkini.

Dell Inspiron 7000

Dell Inspiron 7000 hadir dalam variasi 14-inci dan juga 15-inci. Siri yang dikemaskini ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 atau 1050 Ti, serta pilihan memori sehingga 32GB RAM. Pengguna juga turut diberikan pilihan untuk menaik-taraf paparan skrin sehingga 4K untuk siri komputer riba ini.

Seperti penawaran pihak Acer, Dell Inspiron 7000 ini turut dipasarkan pada harga bermula $799 (~RM3589), dan turut hadir dengan pilihan sistem operasi Ubuntu dibeberapa buah negara. Mungkin kita perlu nantikan apakah penawaran pihak Dell untuk pasaran Malaysia, dan boleh membandingkan ia dengan Acer Aspire VX 15 sebelum membuat keputusan akhir.


TIPS & ULASAN