AirBar – Membawakan Sokongan Skrin Sesentuh Kepada MacBook Air

AirBar – Membawakan Sokongan Skrin Sesentuh Kepada MacBook Air

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

Komputer riba Windows dengan skrin sesentuh telah lama wujud di pasaran. Ini adalah kerana ia telah disokong dengan baik sejak Windows XP pada tahun 2002. Berbeza ceritanya dengan Apple yang sehingga kini enggan menyokong skrin sesentuh pada MacBook. Sebaliknya mereka memperkenalkan Touch Bar pada model terkini MacBook Pro 2016.

Kepada pemilik MacBook Air, AirBar ialah aksesori yang memberikan sokongan skrin sesentuh kepada komputer riba anda. Ia disambung secara magnetik kepada bahagian bawah skrin dan hanya memerlukan sumber kuasa USB-A.  Buat masa hanya MacBook Air 13″ dan komputer riba Windows 10 15.6″ disokong oleh AirBar. Harga jualan ialah $99 (~RM 445) untuk versi MacBook Air dan $69 (~RM 310) untuk versi untuk komputer riba Windows.


TIPS & ULASAN