Telegram Kini Membolehkan Anda Nyah-Hantar Sesuatu Mesej

Telegram Kini Membolehkan Anda Nyah-Hantar Sesuatu Mesej

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

Telegram UnsendSalah satu igauan ramai pada hari ini adalah apabila tersalah hantar mesej ke seseorang. Disebabkan itu, terdapat beberapa aplikasi permesejan yang membolehkan anda menarik kembali sesuatu mesej atau nyah-hantar sesuatu mesej yang telah dihantar.

Kini, melalui kemaskini baru aplikasi Telegram, para pengguna boleh nyah-hantar sesuatu mesej yang telah dihantar pengguna – sehingga kepada 48 jam. Untuk nyah-hantar sesuatu mesej, pengguna hanya perlu tap seketika pada mesej berkenaan, dan pilih padam. Pengguna akan dipaparkan dengan sebuah pop-up yang membolehkan anda memadam mesej yang telah dihantar berkenaan.

Disamping itu, pihak Telegram kini turut memudahkan pengguna untuk memantau penggunaan data ketika berada di luar negara, selain turut menawarkan kebolehan pengguna untuk berkongsi pautan akaun Telegram menggunakan ringkasan t.me/namapengguna.

Semua fungsi baru ini boleh dinikmati pengguna Android dan iOS dengan mengemaskini kepada versi terkini aplikasi Telegram anda.


TIPS & ULASAN