Humble Bundle Menawarkan Koleksi Permainan Assassin’s Creed
Artikel Berkaitan

Humble Bundle Menawarkan Koleksi Permainan Assassin’s Creed

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

Humble Bundle sering hadir dengan penawaran permainan yang menarik pada harga sangat rendah – yang mana pengguna boleh tentukannya sendiri. Kini, bersempena dengan filem Assassin’s Creed, Humble Bundle menawarkan koleksi permainan Assassin’s Creed pada harga serendah $1 (~RM4.49).

 

Melalui Humble Assassin’s Creed Bundle ini, pengguna boleh mendapatkan permainan Assassin’s Creed, Chronicles China, Chronicles India dan Chronicles Russia pada nilai yang ditentukan anda. Pengguna turut boleh mendapatkan keseluruhan koleksi permainan tambahan Assassin’s Creed II, Brotherhood, Assassin’s Creed III, Liberation HD dan Unity pada harga $15 (~RM68). Kesemua permainan dengan nilai $177 (~795) ini ditawarkan pada harga sangat rendah untuk tempoh 14 hari akan datang ini.

Layari : Humble Assassin’s Creed Bundle


TIPS & ULASAN