Rekaan Dan Spesifikasi ZTE Blade V8 Pro Dengan Dwi-Kamera Tertiris
ZTE

Rekaan Dan Spesifikasi ZTE Blade V8 Pro Dengan Dwi-Kamera Tertiris

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

ZTE Blade V8 Pro ialah antara peranti yang akan dilancarkan di CES minggu ini. Walaubagaimanpun rekaan serta spesifikasinya telahpun tertiris lebih awal. Blade V8 Pro dilengkapi skrin 5.5″ IPD HD Penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte.

Ia menggunakan sistem dwi-kamera 13-Megapixel yang disusun secara menegak pada bahagian belakang. Ini memberikannya kemampuan merakam video pada resolusi 4K. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3140 mAh disertakan bagi menguasai peranti yang masih menggunakan Android Marshmallow. Harga jualan pula adalah $250 (~RM 1125) sebuah.


TIPS & ULASAN