Setiap kali CES tiba, produk pintar baru yang berfikir di luar kotak akan diperlihatkan. Pagi tadi kami paparkan Genican yang mengubah tong sampah menjadi pintar. Kini giliran Sleep Number 360, katil pintar yang hadir dengan teknologi anti dengkur.Katil pintar ini menganalisa posisi dan pola tidur dua orang pengguna melalui perisian Sleep IQ.
https://www.youtube.com/watch?v=78wF74Ddcpg
Kekerasan tilam dapat ditetapkan mengikut pengguna menggunakan aplikasi peranti pintar. Ini dilakukan dengan mengepam udara ke dalam beg udara di dalam tilam. Sekiranya Sleep Number 360 mengesan pengguna berdengkur, kawasan kepala boleh dinaikkan sehingga 7 darjah bagi menghentikan dengkuran. Akhir sekali sistem penggera terbina akan membangunkan pengguna tanpa mereka terkejut. Harga jualan bermula dari $1100 (~RM 4950) untuk katil bersaiz permaisuri.