Cari @ Amanz

Hanya tinggal sehari sahaja sebelum pelancaran rasmi Oppo R9s untuk pasaran tempatan dan bermula semalam peminat-peminat jenama Oppo boleh mula menempah peranti ini secara rambang (blind pre-order) iaitu RM 100.

Apa yang peminat perlu lakukan hanyalah membayar deposit RM 100 untuk menyertainya. Harga rasmi peranti ini hanya akan diumumkan pada 5 Januari dan bagi mereka yang telah membayar deposit ini akan menerima hadiah misteri dari Oppo bernilai RM 100 dan akan menjadi antara yang terawal menggunakan peranti ini berbanding yang lain. Malah bayaran deposit tersebut juga akan dikirakan dalam harga akhir peranti yang akan diumumkan esok.

Oppo R9s

Oppo R9s yang akan dilancarkan esok ditawarkan pada dua warna dan turut membawakan paparan skrin bersaiz 5.5-inci 1920×1080, dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan storan berkapasiti 64GB. Kamera hadapan dan belakangnya sebesar 16MP dan ia turut dilengkapkan dengan pengecasan pantas VOOC pada baterinya 3010 mAh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd