Dell Memperkenalkan Latitude 5285 – Peranti Dua-Dalam-Satu Seumpama Surface

Dell Memperkenalkan Latitude 5285 – Peranti Dua-Dalam-Satu Seumpama Surface

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

Sejak Microsoft mempopularkan rekaan dua-dalam-satu mereka tersendiri, iaitu Surface, pelbagai rakan kerjasama Microsoft turut hadir dengan peranti seumpamanya menjalankan Windows 10. Terkini, pada CES 2017, pihak Dell turut mengambil kesempatan memperkenalkan satu lagi peranti dengan rekaan seumpamanya, iaitu Dell Latitude 5285.

Dell Latitude 5285

Dell Latitude 5285 hadir dengan skrin bersaiz 12.3-inci pada resolusi 1080p dengan nisbah skrin 3:2, dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh, memori sehingga 16GB RAM, dan ruangan storan sehingga 1TB SSD.

Disamping itu, pihak Dell turut menyertakan pilihan dengan penawaran LTE – sesuai untuk pengguna yang sering menggunakan peranti diluar pejabat atau rumah. Seperti Surface Pro, pihak Dell turut menyertakan sokongan kickstand, selain kebolehan input menggunakan stylus – dan perlu membeli papan kekunci secara berasingan.

Dell akan memasarkan pesaing Surface Pro mereka ini bermula penghujung Februari dibeberapa buah negara, pada harga $899 (~RM4045).


TIPS & ULASAN