AsusPro B9440 Dilancarkan – Komputer Riba Ringan Menyasarkan Golongan Perniagaan

AsusPro B9440 Dilancarkan – Komputer Riba Ringan Menyasarkan Golongan Perniagaan

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

Pengguna golongan perniagaan memerlukan komputer riba yang boleh diandalkan untuk melakukan urusan harian. Oleh sebab itu komputer riba yang berkuasa tetapi ringan amat diperlukan. Pada waktu yang sama ia turut harus bergaya sesuai dengan imej korporat mereka. AsusPro B9440 ialah komputer riba yang direka khas untuk golongan ini.

Ia dilengkapi skrin 14″ HD Penuh dengan bezel kecil. Oleh itu saiz komputer riba ini bersamaan dengan sebuah MacBook Air 13″. Pemproses Intel Core i5/i7 generasi ketujuh dipadankan dengan RAM sehingga 16 Gigabyte LPDDR3 dan storan SSD sehingga 512 Gigabyte. Berat AsusPro B9440 hanya 1.04 kilogram kerana menggunakan kerangka aluminium.

Bateri yang disertakan dikatakan mampu bertahan selama 10 jam. Walaupun ringan dan nipis, komputer riba ini masih melepasi standard tahan lasak MIL-STD 810G dan papan kekunci kalis tumpahan air. Ia akan dijual bermula May hadapan pada harga bermula dari $999 (~RM 4500) sebuah.


TIPS & ULASAN