Spartan – Seluar Dalam Anti Gelombang Selular Dan WiFi

Spartan – Seluar Dalam Anti Gelombang Selular Dan WiFi

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

Kajian sains selama lebih sedekad mendapati pendedahan kepada isyarat selular dan WiFi tidak meningkatkan kebarangkalian menghidap kanser. Legenda urban kanser dan penggunaan telefon mudah alih ini telah berjaya dihapuskan. Namun masih ada insan yang enggan menerima keputusan kajian ini dan hidup serba ketakutan. Untuk mereka seluar dalam Spartan dihasilkan.

Spartan ialah seluar dalam yang dapat menghalang 99% gelombang selular, radio dan WiFi dari menyerang organ pembiakan lelaki. Menurut pereka Spartan ini akan mengelakkan masalah kesuburan. Benang perak digunakan pada fabrik seluar dalam ini dan mewujudkan sangkar Faraday di sekeliling organ pembiakan. Spartan dijual pada harga €43 (RM 197) sepasang.


TIPS & ULASAN