Cari @ Amanz

Lanjutan daripada beberapa teaser sebelum ini, hari ini pihak TCL telah memperlihatkan salah satu telefon pintar baru yang hadir dengan papan kekunci fizikal. Tiada sebarang perkara yang diumumkan oleh pengeluar berkenaan, selain hanya diketahui yang mana nama kod untuk peranti ini adalah BlackBerry “Mercury”.

BlackBerry Mercury

BlackBerry Mercury

Informasi penuh mengenai peranti ini tidak diketahui lagi, termasuk nama rasmi untuknya. Pihak TCL memperlihatkan ia pada CES 2017 hari ini sekadar untuk menunjukkan yang mana kini mereka turut menguruskan pengeluaran peranti berjenama BlackBerry.
Daripada apa yang diketahui secara kasar buat masa ini adalah dimana ia menjalankan sistem operasi Android 7.0 Nougat dengan beberapa penambahan perisian BlackBerry, selain mana ia turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari yang diintegrasikan pada kekunci Space Bar.

TCL dijangka berkongsi lanjut mengenai spesifikasi, nama, harga dan sebagainya pada acara MWC 2017 kelak yang dijadual sekitar penghujung Februari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd