MSI Mengemaskini Penawaran Komputer Riba Dengan Cip Intel Kaby Lake Dan NVIDIA GTX 1050
MSI

MSI Mengemaskini Penawaran Komputer Riba Dengan Cip Intel Kaby Lake Dan NVIDIA GTX 1050

Diterbitkan pada Jan 5, 2017 oleh .

MSI hari ini turut mengadakan sebuah acara khas bersempena dengan CES 2017, menyaksikan mereka mengumumkan kemaskini kepada barisan komputer riba mereka. Kini, pelbagai penawaran komputer riba memfokuskan permainan video daripada MSI hadir dengan cip Intel generasi ketujuh, serta dilengkapi kad grafik GeForce GTX 1050 dan 1050 Ti yang terkini.

MSI CES 2017

MSI CES 2017

Dibawah kemaskini ini, antara model yang terlibat termasuklah MSI GT83VR, MSI GT73VR, GT72VR, GT62VR, GS73VR, GS63VR, GS43VR, GE72VR, GE62VR, GP62VR, GP62MVR, GP72/GP62 dan juga GL72/GL62. Melalui kemaskini pemprosesan dan grafik ini, MSI mengatakan ia bakal menawarkan pengalaman permainan yang baik – termasuk dari segi sokongan realiti-maya dan juga permainan 4K.

MSI turut mengatakan melalui penggunaan cip generasi ketujuh daripada Intel ini, ia menawarkan kuasa pemprosesan lebih 15% berbanding sebelumnya, dan mencapai sehingga 25% apabila di-overclock.

Disamping itu, MSI turut kini menyertakan sokongan audio berkualiti tinggi (Hi-Res Audio) melalui beberapa komputer riba terpilih, iaitu MSI GT83VR, GT73VR, GS73VR, GS63VR dan GS43VR.

MSI CES 2017


TIPS & ULASAN