Carian
Komputer Riba Keluarga Asus Zenbook Dikemaskini
January 5, 2017 Effi Saharudin

Asus mengemaskini  lima komputer riba di bawah keluarga Zenbook mereka pagi ini. ZenBook UX410 dilengkapi skrin 14″ QHD+ (3200 x 1800 pixel) yang mengambil 80% permukaan panel . Ini dilakukan kerana penggunaan bezel senipis 6mm. Ia diperkasakan oleh pemproses generasi ke-tujuh Intel Core i7, i5 dan i3, RAM sehingga 16 Gigabyte dan sistem audio  Harman Kardon.

ZenBook UX310 pula dilengkapi skrin 13.3″ QHD+ (3200 x 1800 pixel), pemproses generasi ke-tujuh Intel Core i7/i5/i3, RAM sehingga 16 Gigabyte DDR4 dan kad grafik Nvidia GEfore 940 MX. Zenbook UX510 dilengkapi skrin 15.6″ 4K UHD, RAM sehingga 16 Gigabyte dan kad grafik Nvidia GeForce 950 MX. Kedua-duanya dilengkapi sistem audio Harman Kardon.

ZenBook UX330 mempunyai tubuh nipis setebal 13.5mm dan berat hanya 1.2kg. Skrin 13.3″ QHD+ (3200 x 1800 pixel) dan dipadankan dengan dua pilihan pemproses Intel Core i7 atau i5 generasi ke-tujuh. Bateri komputer riba nipis ini boleh bertahan sehingga 12 jam dengan sekali caj.

Akhir sekali ialah ZenBook Flip UX360UA dengan skrin 13.3″ QHD+ (3200 x 1800 pixel)  yang boleh diputarkan 360 darhjah. Ia turut diperkasakan pemproses Intel COre i7 dan i5 generasi ke-tujuh dan RAM sehingga 16 Gigabyte. Sistem audio Harman Kardon disertakan bagi mereka yang mahukan kemampuan audio yang tinggi.

Komen