LG Memperkenalkan LG Hub Robot – Pembantu Maya Peribadi Dikuasakan Amazon Alexa
LG

LG Memperkenalkan LG Hub Robot – Pembantu Maya Peribadi Dikuasakan Amazon Alexa

Diterbitkan pada Jan 5, 2017 oleh .

Pada CES 2017 hari ini, pihak LG telah mengambil pentas utama mengumumkan beberapa produk baru mereka, termasuk salah satunya adalah robot pintar untuk pengguna, dinamakan sebagai LG Hub Robot. Robot yang bertujuan untuk membantu mengawal peralatan di rumah, selain memaparkan beberapa informasi dan berinteraksi dengan pengguna ini dijana menggunakan teknologi Amazon Alexa.

LG Hub Robot

Melalui LG Hub Robot, ia membolehkan pengguna mengawal pelbagai peranti dan kelengkapan dalam rumah, selain turut menjawab sejumlah persoalan daripada pengguna. Pengguna juga turut boleh memainkan audio daripada perkhidmatan penstriman muzik melaluinya.

LG Hub Robot turut menyertakan skrin khusus yang boleh memaparkan mimik muka, selain kamera hadapan pada robot berkenaan yang boleh mengenal-pasti seseorang pengguna. Ini sekaligus membolehkan ia berinteraksi secara berbeza dikalangan ahli keluarga.

LG Hub Robot

Melengkapkan ia juga adalah Hub Robot Mini yang boleh diletakkan dalam bilik – tetapi berhubung terus kepada Hub Robot utama.

LG mengatakan selain daripada penggunaan di rumah, ia juga boleh digunakan pada beberapa lokasi, termasuk salah satunya adalah pada lapangan terbang dan membantu pengguna dan pelancong di sana.


TIPS & ULASAN