Sony Tiada Perancangan Membuang Bicu Audio 3.5mm Pada Peranti Pintar Mereka

Sony Tiada Perancangan Membuang Bicu Audio 3.5mm Pada Peranti Pintar Mereka

Diterbitkan pada Jan 5, 2017 oleh .

Membuang bicu audio pada iPhone 7 ialah tindakan penuh keberanian yang dilakukan Apple tahun lalu. Mereka mengikuti langkah Oppo, LeEco dan Lenovo Moto yang turut membunuh sambungan audio standard yang telah digunakan sejak berdekad lamanya. Berlainan pula di Sony kerana mereka mengesahkan akan terus menyokong bicu audio pada peranti pintar mereka buat masa ini.

Sony terkenal dengan peralatan audio mereka dan merasakan bicu audio masih memadai. Mereka mempunyai teknologi audio Hi-Res yang menyokong audio beresolusi tinggi walaupun menggunakan bicu audio. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana di pasaran mereka mempunyai ratusan aksesori audio yang bergantung kepada bicu audio. Jadi sekurang-kurangnya bagi peminat peranti Xperia Sony, anda tidak perlu risau bicu audio tidak akan disokong dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN