Samsung Galaxy A7 Dan A5 2017 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM1699

Samsung Galaxy A7 Dan A5 2017 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM1699

Diterbitkan pada Jan 5, 2017 oleh .

Peranti Samsung Galaxy A7 dan A5 2017 dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Kedua-dua peranti kelas pertengahan ini mempunyai  ketahanan kalis IP68 dan sokongan Samsung Pay terbina. Ini menjadikannya peranti pertama keluarga Galaxy A yang menyokong kedua-dua fungsi di atas.

Galaxy A7 2017

Galaxy A7 2017 dilengkapi skrin 5.7″ SAMOLED HD penuh, pemproses 1.9 GHz lapan teras, RAM sebesar 3 Gigabayte dan storan 32 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD adalah sehingga 256 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama  dan hadapan 16-Megapixel f/1.9. Bateri 3600 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Harga jualan Galaxy A7 2017 ialah RM 1899.

Samsung Galaxy A5 2017

Galaxy A5 2017 dilengkapi skrin 5.2″ SAMOLED HD penuh, pemproses 1.9 GHz lapan teras, RAM sebesar 3 Gigabayte dan storan 32 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD adalah sehingga 256 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama  dan hadapan 16-Megapixel f/1.9. Bateri 3000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C disertakan. Harga jualan Galaxy A5 2017 ialah RM 1699.

Pra-tempahan kedua-dua peranti ini akan dilakukan dari 5 sehingga 15 Januari di galeri jualan Samsung yang terpilih. Kesemua yang melakukan pra-tempahan akan menerima fon kepala tanpa wayar Level U Pro bernilai RM 399. Pra-tempahan turut boleh dilakukan di atas talian menerusi Lazada dan 11Street . Peranti hanya akan diterima pada 25 Januari.


TIPS & ULASAN