Samsung Pay Akan Menyokong CIMB, Citibank Dan Standard Chartered Tidak Lama Lagi

Samsung Pay Akan Menyokong CIMB, Citibank Dan Standard Chartered Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 5, 2017 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah memperkenalkan siri Galaxy A 2017 untuk pasaran tempatan. Melalui penawaran berkenaan, Samsung turut telah menyentuh secara ringkas mengenai Samsung Pay serta berkongsi kemaskini mengatakan ia bakal menyokong lebih banyak bank daripada hanya Maybank sahaja buat masa ini.

Melalui apa yang dikongsikan Samsung, kelak Samsung Pay akan turut menambah sokongan untuk beberapa bank tempatan lain, termasuk antaranya adalah CIMB, Citibank, dan juga Standard Chartered.

Dengan penyertaan bank ini, liputan untuk pengguna Samsung Pay akan lebih meluas berbanding dengan hanya sokongan Maybank sahaja semata-mata. Melalui Samsung Pay juga, ia menyokong sejumlah besar terminal pembayaran di Malaysia, memandangkan mereka turut menyokongn rangkaian terminal menggunakan MST, dan bukan terhad untuk NFC sahaja.


TIPS & ULASAN