Masa untuk kembali ke angkasa lepas dan menghapuskan anasir jahat. Mass Effect Andromeda akan dilancarkan pada 21 Mac hadapan. Tarikh pelancaran ini baru sahaja didedahkan hari ini. Bersempena dengan CES, trailer baru dihasilkan dengan menunjukkan grafik permainan apabila menggunakan kad grafik buatan Nvidia. Selepas apa yang berlaku di akhir Mass Effect 3, diharap jalan cerita Andromeda tidak akan menimbulkan kontroversi yang sama. Permainan ini akan hadir pada platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.
dengan akaun AmanzMe anda untuk komen.