Permua Mega Man 1-6 Kini Boleh Dimuat Turun

Permua Mega Man 1-6 Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada Jan 5, 2017 oleh .

Tahun lalu Capcom mengumumkan enam permainan pertama di dalam siri Mega Man akan boleh dimuat turun sebagai permua Android dan iOS. Sekiranya anda tergolong  di dalam kategori gamer sekolah lama dan mahu memainkan semula permainan ini ia boleh dimuat turun mulai hari ini.

Kesemua permainan harus dibeli secara berasingan pada harga RM 9.49 sebuah di Google Play. Mega Man Mobile 1-6 mengekalkan nisbah skrin 4:3 seperti konsol asal dengan butang kawalan diletakkan pada sisi skrin yang tidak digunakan. Pada Android peranti dengan Android 4.0 ke atas diperlukan manakala pada iOS peranti dengan iOS 6.1.3 diperlukan. Selamat bernostalgia.

 


TIPS & ULASAN