ZTE Blade V8 Pro Diumumkan – Dilengkapi Sistem Dwi-Kamera
ZTE

ZTE Blade V8 Pro Diumumkan – Dilengkapi Sistem Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Jan 5, 2017 oleh .

ZTE mengumumkan sebuah lagi peranti baru hari ini di CES. ZTE Blade V8 Pro ialah sebuah peranti kelas pertengahan dengan sistem dwi-kamera. Ia dilengkapi srin 5.5″ IPS HD Penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Bagi yang memerlukan penambahan storan, kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte disokong.

Sistem dwi-kamera 13-Megapixel yang disusun secara menegak pada bahagian belakang. Ini memberikannya kemampuan merakam video pada resolusi 4K. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3140 mAh disertakan bagi menguasai peranti yang masih menggunakan Android Marshmallow. Hanya mod pengecasan QuickCharge 2.0 disokong walaupun peranti ini menggunakan USB-C. Bicu audio masih lagi disertakan dan tidak mengikut trend beberapa pengeluar lain. ZTE Blade v8 Pro akan dijual pada harga $229 (~RM 1030) sebuah.


TIPS & ULASAN