MSI Menawarkan Sambungan HDMI Di Depan Pada Semua MSI Gaming Desktop Untuk Realiti-Maya
MSI

MSI Menawarkan Sambungan HDMI Di Depan Pada Semua MSI Gaming Desktop Untuk Realiti-Maya

Diterbitkan pada Jan 6, 2017 oleh .

Bersama-sama pengumuman kemaskini spesifikasi dan ciri-ciri untuk komputer riba, pihak MSI turut telah menawarkan kemaskini untuk komputer desktop mereka. Seperti biasa, semua MSI Gaming Desktop kini hadir dengan kad grafik NVIDIA terkini, selain dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh.

Melalui kemaskini spesifikasi, MSI mengatakan ia menawarkan penambahan prestasi sehingga 25%, dan lebih dioptimasikan untuk permainan berbentuk realiti-maya – selain permainan video biasa.

MSI Gaming Desktop

Dan dalam usaha untuk lebih memudahkan pemain menikmati realiti-maya, kini MSI menyertakan sambungan HDMI pada bahagian hadapan desktop. Ini sekaligus memudahkan pengguna dan tidak lagi perlu menyambungkan wayar HDMI ke set realiti-maya daripada bahagian belakang komputer.

Disamping itu, pihak MSI turut menyentuh secara ringkas mengenai rekaan komputer desktop mereka, mengatakan ia lebih cepat sejuk daripada pelbagai pesaing lain – salah satu sebabnya adalah kerana rekaan dan susunan komponen dalam komputer desktop berkenaan.

MSI Gaming Desktop


TIPS & ULASAN