MSI GUS – Kerangka Grafik Luaran Yang Menawarkan Kuasa Grafik Tambahan Melalui Thunderbolt 3
MSI

MSI GUS – Kerangka Grafik Luaran Yang Menawarkan Kuasa Grafik Tambahan Melalui Thunderbolt 3

Diterbitkan pada Jan 6, 2017 oleh .

MSI sebelum ini sedia memperlihatkan MSI GUS II beberapa tahun lepas, dan terkini, bersempena dengan CES 2017, pengeluar komputer dari Taiwan berkenaan turut mengambil peluang untuk memperkenalkan MSI Graphics Upgrade Solution (GUS) terkini dengan harapan untuk memasarkannya kepada pengguna.

Melalui MSI GUS (Graphics Upgrade Solution), ia menyertakan ruangan untuk kad grafik didalamnya – sama ada daripada pihak MSI atau daripada pengeluar lain, dan seterusnya menyambungkan ia kepada komputer riba, mini-PC, atau sebarang peranti Windows dengan sokongan Thunderbolt 3 untuk mendapatkan kuasa grafik tambahan. Bagi menguasakannya, pihak MSI menggunakan pembekal kuasa 500W.

MSI GUS

Produk ini mungkin sangat berguna bagi anda yang inginkan kuasa grafik tinggi, tetapi tertarik untuk menggunakan komputer riba nipis di pasaran – yang sering hadir tanpa sebarang GPU tambahan melaluinya.

Pihak MSI menyasarkan untuk memasarkan MSI GUS ini untuk pengguna umum menjelang suku kedua 2017 ini. Tiada sebarang harga jualan yang diumumkan oleh MSI buat masa ini. Menurut seorang wakil MSI, mereka sedang melihat kepada beberapa perkara – termasuk sama ada ingin menyertakan bundle dengan kad grafik atau menjual hanya kerangka berkenaan secara berasingan.


TIPS & ULASAN