Cari @ Amanz

Xiaomi pada tahun lepas telah memperkenalkan salah satu telefon pintar yang mencuri perhatian ramai, iaitu Mi Mix. Kini, pada acara CES 2017, pihak Xiaomi mengambil pentas utama dan memperkenalkan Mi Mix dalam pilihan warna putih.

Bagi yang tidak mengenali akan Mi Mix, ia hadir dengan rekaan bingkai tepi yang sangat nipis – selain menjadikan nisbah saiz peranti kepada skrin yang sangat tinggi.

Xiaomi Mi Mix

Xiaomi Mi Mix

Dari segi spesifikasi, Mi Mix menggunakan skrin bersaiz 6.4-inci dengan paparan 1080p, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 821, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 256GB. Ia turut menyertakan kamera 16-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan.

Seperti sebelum ini, Xiaomi turut menekankan yang mana ia akan ditawarkan di China – dan tidak berkongsi sebarang perancangan untuk penawaran pasaran global lagi buat masa ini.

Jadi, bagi anda, adakah anda meminati pilihan Mi Mix dalam warna hitam atau putih?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd