Cari @ Amanz

Penantian untuk sokongan peranti iOS bagi jam tangan pintar Samsung Galaxy Gear S2 sudah berpanjangan bertahun lamanya. Terdapat laporan mengatakan ia akan hadir Mac 2016 tetapi sungguhpun Gear S3 sudah memasuki pasaran, aplikasi sokongan macam belum kunjung tiba. Penanti ini mungkin akhirnya berakhir dalam masa terdekat.

Menurut laman Sammobile, Samsung pada awalnya mengumumkan sokongan untuk Gear S2, Gear S3 dan Gear Fit 2 semalam. Tetapi kemudian menarik semula aplikasi kerana belum bersedia untuk dimuat turun. Samsung walaubagaimanapun mengesahkan sokongan untuk platform iOS kini sudah hampir tiba tetapi tiada tarikh muktamad diberikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd