Dell XPS 27 AIO Hadir Dengan 10 Speaker Terbina

Diterbitkan pada Jan 6, 2017 oleh .

Dell XPS 27 AIO merupakan salah satu penawaran komputer semua-dalam-satu daripada Dell yang hadir dengan ciri-ciri serta rekaan premium. Diperkenalkan secara rasminya pada CES 2017 hari ini, Dell XPS 27 AIO ini hadir dengan panel paparan 4K pada resolusi 3840×2160 pixel, dan menariknya ia dilengkapi dengan 10 speakera terbina.

Dell mengatakan ia membolehkan para pengemar audio menikmati kualiti bunyi yang baik melaluinya tanpa memerlukan sebarang sound-bar tambahan. Dell mengatakan setiap saluran pembesar suara mengeluarkan bunyi pada kadar 50W melaluinya.

Dell XPS 27 AIO

Disamping itu, Dell juga turut menyertakan kamera infra-merah pada bahagian hadapan untuk membolehkan pengguna log masuk menggunakan Windows Hello melaluinya. Ia juga menyertakan rekaan skrin dengan bingkai nipis – seperti terdapat pada XPS 13.

Dari segi spesifikasi, Dell XPS 27 AIO menyertakan cip Intel Core generasi ke-6, dalam pilihan Core i5-6400 atau Core i7-6700, memori sehingga 32GB RAM, serta ruangan storan sehingga 2TB, selain pilihan penyertaan kad grafik AMD R9 M470X. Komputer ini juga turut hadir dengan sokongan dua USB-C, lima port USB 3.0, output HDMI, bicu audio, dan pembaca kad-SD.

Dell menyasarkan untuk menjual model dengan spesifikasi paling asas pada harga bermula $1500 (~RM6727).

TIPS & ULASAN