Kamera Polaroid Pop Dilancarkan – Kamera Digital Dan Pencetak Gambar Dua Dalam Satu

Kamera Polaroid Pop Dilancarkan – Kamera Digital Dan Pencetak Gambar Dua Dalam Satu

Diterbitkan pada Jan 6, 2017 oleh .

Sekitar lima tahun yang lalu kamera gambar segera Polaroid menjadi kegilaan peminat fotografi. Kamera analog segera ini adalah kegemaran penggiat gerakan anti kamera digital yang tidak mahu mengikut arus perdana. Polaroid Pop ialah kamera yang menggabungkan dunia analog dan digital di dalam satu peranti. Ia dihasilkan sempena ulang tahun ke-80 Polaroid.

Kamera ini boleh mencetak gambar ala Polaroid klasik sebesar 3.5 Ă— 4.25 inci. Pada waktu yang sama ia boleh berfungsi sebagai kamera digital dengan sensor sebesar 20-Megapixel. Kemampuan merakam video ialah pada resolusi 1080P dengan storan 128 Gigabyte menggunakan kad MikroSD.

Ia turut dilengkapi skrin LCD 3.9″ pada panel belakang untuk melihat gambar yang diambil. Bagi memudahkan perkongsian Poloaroid Pop menyokong tambatan Bluetooth dan mempunyai aplikasi untuk Android serta iOS. Tarikh dan harga jualan belum diumumkan setakat ini.


TIPS & ULASAN