Dell Canvas Diperkenalkan – Panel Paparan Yang Ditujukan Untuk Golongan Kreatif

Dell Canvas Diperkenalkan – Panel Paparan Yang Ditujukan Untuk Golongan Kreatif

Diterbitkan pada Jan 6, 2017 oleh .

Dell hari ini pada CES 2017 melancarkan beberapa produk baru mereka, antaranya adalah Dell XPS 27 AIO dan juga sebuah monitor dengan resolusi 8K. Tidak ketinggalan juga, mereka memperkenalkan panel paparan dengan fungsi seumpama Surface Studio, dinamakan sebagai Dell Canvas.

Dell Canvas merupakan panel paparan tambahan yang ditujukan kepada golongan pekerja dalam bidang multimedia dan kreatif – memudahkan mereka membuat lakaran dan tugasan grafik.

Dell Canvas

Dell Canvas membawakan saiz skrin sebesar 27-inci, dan boleh dihubungkan kepada sebarang komputer Windows 10. Pengguna jgua disediakan dengan sokongan pena digital serta sebuah dial yang boleh digunakan untuk membuat pilihan warna dan sejumlah fungsi pantas melaluinya.

Dell Canvas ini dikatakan mampu meningkatkan kadar produktiviti pengguna dalam tugasan rekabentuk dan pembangunan – berbanding kaedah biasa.

Dell Canvas akan dipasarkan bermula bulan Mac kelak pada harga $1799 (~RM8068).

TIPS & ULASAN

<script>