Cari @ Amanz

Teknologi pemanduan automatik pada kereta sudah wujud sejak beberapa tahun kebelakangan ini. BMW, Google, Tesla dan Faraday Future telah menunjukkan sistem pemanduan automatik yang akan mengurangkan tekanan kepada pemandu di masa hadapan. Honda maju setapak dengan memperlihatkan teknologi Riding Assist yang memberikan kemampuan tunggangan dan imbangan automatik pada motosikal.

Riding Assist tidak memerlukan sistem giroskop untuk mengimbang motosikal di atas dua roda. Sistem imbangan yang wujud pada Honda Uni Cub yang diperlihatkan pada tahun 2012 digunakan semula. Dengan sistem Riding Assist, Honda berharap kemalangan yang berlaku akibat kesilapan penunggang akan dapat dikurangkan di masa hadapan. Teknologi masih sedang dalam fasa ujian dan belum bersedia digunakan pada motosikal keluaran mereka buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd