iOS 10 Kini Digunakan Oleh 76% Peranti iOS
Artikel Berkaitan

iOS 10 Kini Digunakan Oleh 76% Peranti iOS

Diterbitkan pada Jan 6, 2017 oleh .

Kemas kini ke iOS 10 telah diberikan sejak September tahun lalu. Angka terkini menunjukkan 76% peranti iOS kini menggunakan iOS 10. Terdapat 18% yang masih menggunakan iOS 9 dan 6% menggemukkan versi lebih lama. Peratusan penggunaan versi terkini ini tidak mengejutkan kerana Apple mengawal proses kemas kini tidak seperti pada Android.

Mengikut perangkaan bulan November, jumlah peranti yang menggunakan Android Nougat masih di tahap 0.3% walaupun sudah berusia lebih sebulan. Diharap pada tahun 2017 masalah kelewatan memberikan kemas kini sistem operasi dapat diperbaiki oleh pengeluar Android.


TIPS & ULASAN