Empat Lagi Peranti Kini Menyokong Daydream

Empat Lagi Peranti Kini Menyokong Daydream

Diterbitkan pada Jan 6, 2017 oleh .

Platform realiti maya Daydream diumumkan oleh Google pada bulan Mei tahun lalu. Jumlah peranti yang menyokong Daydream adalah agak terhad setakat ini iaitu Pixel XL, Pixel dan Moto Z. Di CES 2017, Google mengesahkan empat lagi peranti kini memasuki senarai peranti sedia Daydream.

Peranti tersebut adalah Huawei Mate 9 Pro, Huawei Mate 9 Porsche Design, ZTE Axon 7 dan Asus Zenfone AR. Pada waktu yang sama peranti realiti maya Huawei VR turut diperlihatkan lengkap dengan sebuah alat kawalan. Dari segi rekaan ia menyamai rekaan Samsung Gear VR dengan satu tali pengikat dan sistem pemfokusan beroda.


TIPS & ULASAN