Permainan Mass Effect 2 Ditawarkan Secara Percuma Untuk Waktu Terhad

Permainan Mass Effect 2 Ditawarkan Secara Percuma Untuk Waktu Terhad

Diterbitkan pada Jan 6, 2017 oleh .

Electronic Arts atau EA sering menawarkan permainan percuma melalui platform Origin, dibawah apa yang dipanggil mereka sebagai promosi “On the House”. Kebiasaan permainan yang ditawarkan adalah sedikit lama – tetapi masih boleh dimainkan dalam mengembalikan nostalgia dan sebagainya.

Mass Effect 2

Terkini, untuk promosi masa terhad terkini melalui “On the House”, pihak EA menawarkan permainan Mass Effect 2 yang buat pertama kalinya telah dilancarkan pada tahun 2010 lepas. Ia antara permainan yang menerima maklumbalas positif daripada ramai pengguna.

Melaluinya, pengguna akan memainkan watak Commander Shepherd dan berjuang dalam menyelamatkan galaksi.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma melalui Origin. Seperti biasa, anda perlu mendaftar akaun Origin terlebih dahulu sebelum dapat memuat-turun permainan percuma ini.

Muat-Turun Mass Effect 2 di Origin


TIPS & ULASAN