Kerangka Tahan Lasak Untuk MacBook Pro 2016 Dilancarkan

Kerangka Tahan Lasak Untuk MacBook Pro 2016 Dilancarkan

Diterbitkan pada Jan 6, 2017 oleh .

Komputer riba seperti peranti mudah alih moden tidak tahan lasak seperti peranti lama. Keperluan menghasilkan peranti paling nipis, skrin paling besar dan bezel paling nipis membuatkan ia terdedah kepada kerosakan teruk yang boleh membuatkan poket anda berlubang. Kerangka Speck Presidio CLEAR ialah kerangka tahan lasak yang direka khas untuk MacBook Pro 2016 13″.

Keseluruhan kerangka diperbuat daripada bahan lutcahaya tetapi masih boleh menyerap hentakan sehingga ketinggian 4 kaki. Teknologi Impactium Clear yang mereka gunakan pada kerangka iPhone digunakan semula untuk mempertahankan Macbook Pro dari kerosakan. Hanya model 13″ disokong buat masa ini dengan harga jualan $99.95 (~RM 450) sebuah.


TIPS & ULASAN