Elago W3 – Dok Pengecas Apple Watch Dengan Rekaan Seperti Macintosh 1984

Elago W3 – Dok Pengecas Apple Watch Dengan Rekaan Seperti Macintosh 1984

Diterbitkan pada Jan 6, 2017 oleh .

Rekaan peranti Apple klasik masih diminati sehingga sekarang. Komputer desktop yang mungkin mempunyai rekaan paling ikonik ialah Apple Macintosh 1984. Rekaan kompak dengan pemacu cakera liut di hadapan ini adalah komputer komersial pertama yang menggunakan antaramuka GUI dan tetikus. Kepada pemilik Apple Watch yang ingin bernostalgia, Elago W3 telahpun dihasilkan.

Ia sebuah dok pengecas untuk Apple Watch yang mempunyai rekaan seperti Macintosh 1984. Ia diperbuat daripada silikon bagi mengelakkan jam tangan pintar tercalar ketika dikeluarkan. Ketika dicas, Apple Watch akan kelihatan seperti sebuah Macintosh mini. Harga jualan ialah $14 (~RM 62) sebuah.


TIPS & ULASAN