Cherry MX Board Silent Dilancarkan – Papan Kekunci Mekanikal Yang Senyap

Cherry MX Board Silent Dilancarkan – Papan Kekunci Mekanikal Yang Senyap

Diterbitkan pada Jan 6, 2017 oleh .

Sekiranya anda pengguna PC tegar, anda tergolong di dalam kategori pengguna papan kekunci membran ataupun mekanikal. Pengguna papan kekunci mekanikal akan mengatakan pilihan mereka terbaik kerana ia lebih tahan lasak, pantas dan berkualiti. Kami tergolong di dalam golongan kekunci membran kerana ia lebih ergonomik dan tidak mengeluarkan bunyi bising yang mengganggu rakan sepejabat.

Cherry, pengeluar suis papan kekunci mekanikal melancarkan MX Board Silent di CES. Ia papan kekunci mekanikal dengan suis yang senyap. Bagi mereka yang kurang gemar dengan bunyi bising kekunci mekanikal ini ialah produk yang dinantikan. MX Board Silent dihasilkan dari papan kekunci G80-3000 dengan pilihan suis MX Red atau MX Black. Harga jualan pula ialah $149 (~RM 670) sebuah.


TIPS & ULASAN