Kodak Akan Menghasilkan Semua Filem Ektachrome

Kodak Akan Menghasilkan Semua Filem Ektachrome

Diterbitkan pada Jan 7, 2017 oleh .

Kepopularan peranti pintar dengan kamera menyebabkan kepupusan filem analog .Kodak, nama besar di dalam dunia filem kamera pernah suatu ketika menjual lebih satu Billion filem setahun. Apabila ia mengikhtisarkan bankrap pada tahun 2012, mereka hanya menjual satu Juta filem setahun. Produk filem mereka seperti Kodachrome dan Ektachrome dihentikan kerana tidak lagi menguntungkan.

Bagi peminat filem Ektachrome, berita baik bagi anda kerana Kodak akan menghasilkan semula filem ini menjelang penghujung tahun. Kodak Ektachrome kali pertama dijual pada tahun 1946 dan dihentikan pada tahun 2012.  Pengumuman mengejut ini dilakukan oleh Kodak di CES hari ini. Bagi peminat fotografi menggunakan filem, jelas sekali analog masih belum mati. Malahan menarik sekali sejak kebelakangan ini minat ke atas teknologi analog seperti piring hitam meningkat semula.


TIPS & ULASAN