Fitbit Merancang Untuk Memperkenalkan Kedai Aplikasi Tersendiri Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 8, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fitbit merupakan salah satu pengeluar peranti boleh-pakai yang popular – memfokuskan kepada penawaran gelang tangan pintar dan jam tangan pintar khusus untuk kecergasan. Mereka telah beroperasi sejak sekian lama, dan salah satu kekurangan adalah ketiadaan kedai aplikasi tersendiri untuknya.

Bercakap mengenainya, pihak Fitbit mengatakan mereka bakal hadir dengan kedai aplikasi tersendiri pada tahun ini. Ia dikatakan akan diperkenalkan dalam masa terdekat, dan tiada sebarang tarikh diberikan untuknya.

Ia dijangka Fibit akan menggunakan kelebihan perisian daripada pengambil-alihan Pebble sebelum ini, dan mengintegrasikannya di dalam kedai aplikasi baru berkenaan. Ini sekaligus akan membolehkan para pembangun hadir dengan penawaran pelbagai jenis aplikasi – daripada memfokuskan kepada kecergasan, sehinggalah kepada lain-lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami