Carian
Casio Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Baru Menjalankan Android Wear 2.0
January 8, 2017 Aman

Casio merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena pengeluaran jam tangan pintar. Terkini, pada CES 2017, Casio memperlihatkan jam tangan pintar terbaru mereka dibawah jenama Pro Trek, iaitu Casio WSD-F20 yang menjalankan Android Wear 2.0.

Casio Pro Trek

Jam tangan pintar ini hadir dengan rekaan tahan lasak, dilengkapi dengan sokongan kalis air. Ia menyertakan tiga butang pada bahagian tepi untuk memudahkan beberapa perkara, selain sokongan skrin sentuh untuk mengawal dan mengakses beberapa fungsi. Casio turut melengkapkan jam tangan pintar ini dengan sokongan peta luar-talian, selain penggunaan GPS pada tenaga rendah.

Casio Pro Trek

Disamping itu, menariknya jam tangan pintar ini turut dilengkapi dengan Android Wear 2.0. Salah satu kelebihan padanya adalah kebolehan untuk memuat-turun aplikasi daripada Google Play Store tanpa memerlukan sebarang peranti berhubung kepadanya seperti pada hari ini.

Casio menyasarkan untuk memasarkan produk baru ini sekitar bulan April 2017 kelak.

Komen