Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah hadir dengan Google Home yang menawarkan sokongan Google Assistant – kecerdasan buatan dalam membantu pengguna mendapatkan sejumlah informasi, dan pada masa yang sama mengawal peralatan elektronik di rumah. Terkini, pihak NVIDIA pada CES 2017 turut mengumumkan integrasi Google Assistant pada NVIDIA Shield mereka.

Melaluinya, kini pengguna boleh menggunakan Google Assistant pada ruang tamu melalui kaca televisyen – dan seperti biasa, mengawal pelbagai perkara, membuat carian, berinteraksi, dan bertanya pelbagai soalan.

NVIDIA Spot

Melengkapkan pengenalan Shield baru ini, pihak NVIDIA turut memperkenalkan sebuah peranti yang dinamakan sebagai NVIDIA Spot. Ia merupakan sebuah aksesori berbentuk mikrofon untuk SHIELD, membolehkan pengguna memasangnya pada bilik dan pelbagai ruangan di rumah – dan menghubungkan ia kepada Shield. Ini sekaligus membolehkan anda bertanya dan menjawab soalan anda daripada Google Assistant dimana-mana sahaja anda berada di rumah, selain mengawal pelbagai peralatan elektronik pintar dengan mudah.

NVIDIA Spot ini akan dipasarkan dalam masa beberapa bulan lagi pada harga $49.99 (~RM224).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd