Cari @ Amanz

Samsung telah diperkatakan bakal hadir dengan aplikasi untuk jam tangan pintar mereka khusus untuk iPhone sejak daripada tahun lepas, dan kini, akhirnya ia telah diterbitkan dan sedia dimuat-turun oleh semua.

Melalui aplikasi Gear S untuk iOS ini, ia membolehkan para pengguna iPhone menggunakan jam tangan pintar Gear S2 dan Gear S3, serta sync ia dengan pelbagai notifikasi dan aplikasi pada telefon pintar mereka. Seperti biasa, pengguna boleh memuat-turun aplikasi tambahan ke Gear S2 atau Gear S3 menggunakannya, selain memantau pelbagai perkara melaluinya. Integrasi S Health juga disertakan pada aplikasi Gear S ini.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, dan mengemari rekaan Gear S2 atau Gear S3 dengan skrin bulat, mungkin sudah boleh mendapatkan jam tangan pintar Samsung berkenaan. Bersama-sama pengenalan aplikasi Gear S, pihak Samsung turut memperkenalkan aplikasi Gear Fit untuk pengguna iOS, bagi membolehkan pengguna turut menggunakan Gear Fit2 bersama-sama iPhone.

Gear S iOS

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd