Yi Technology Memperlihatkan Dron Tersendiri Dengan Kelajuan Mencapai 120km/j – Yi Erida

Yi Technology Memperlihatkan Dron Tersendiri Dengan Kelajuan Mencapai 120km/j – Yi Erida

Diterbitkan pada Jan 8, 2017 oleh .

Yi Technology merupakan salah satu syarikat ekosistem dibawah Xiaomi, dimana sebelum ini mereka telah hadir dengan penawaran kamera aksi seumpama GoPro pada harga lebih kompetitif. Terkini, pada CES 2017, pihak Yi Technology turut hadir dengan sebuah dron tersendiri, dinamakan Yi Erida.

Yi Erida dipasarkan dengan rekaan karbon penuh sepenuhnya, dan menawarkan masa penerbangan sekitar 40 minit dengan caj penuh bateri. Yi Erida ini turut menyertakan kelajuan penerbangan sehingga 120km/j, dan sehingga sejauh 5 kilometer.

Yi Erida

Yi Erida

Untuk rakaman video melaluinya, Yi Erida menyertakan Yi 4K Action Camera. Ia mengambil masa sekitar 1.5 jam untuk mengecas penuh. Yi Technology dilihat bekerjasama dengan Atlas Erida untuk menghasilkan dron ini.

Yi Erida dijangka akan dipasarkan dalam beberapa bulan lagi. Harga jualan akhirnya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN