Video Tertiris HTC Memperlihatkan Kemungkinan Peranti HTC Berjenama Vive
HTC

Video Tertiris HTC Memperlihatkan Kemungkinan Peranti HTC Berjenama Vive

Diterbitkan pada Jan 9, 2017 oleh .

Semalam video HTC Ocean tertiris  yang menunjukkan sistem kawalan kapasitif sepenuhnya pada sisi peranti. Peranti yang dijangka dilancarkan di dalam beberapa bulan lagi dan dijangka mempunyai rekaan yang unik jika dibandingkan dengan peranti lain di pasaran. Tetapi ini bukan satu-satunya rekaan peranti HTC yang tertiris. Sekali lagi @evleaks menjadi sumber kepada video peranti pintar HTC Vive.

Hanya panel belakang dengan jenama HTC Vive dapat dilihat dengan rekaan grafik pada bahagian sisi. Lensa kamera dan flash yang agak besar terletak pada bahagian atas. Lebih tinggi dari apa yang dilihat pada HTC 10 sebelum ini. Tidak diketahui sama ada peranti ini sekadar prototaip atau HTC mempunyai perancangan untuk melancarkannya di masa hadapan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah HTC bakal hadir pada tahun ini, dan adakah ia bakal menarik kembali hati pengguna ataupun tidak.


TIPS & ULASAN