Uber Berkongsi Data Aliran Trafik Di Bandar Kepada Umum

Uber Berkongsi Data Aliran Trafik Di Bandar Kepada Umum

Diterbitkan pada Jan 9, 2017 oleh .

Uber hari ini berkongsi projek terbaru mereka dinamakan sebagai Uber Movement. Melaluinya, Uber kini berkongsi data pergerakkan trafik di bandar kepada umum – terutamanya kepada pihak berkuasa, dalam membolehkan aliran trafik dan rekaan jalan raya yang baik dibangunkan.

Seperti ramai sedia maklum, dengan kos penawaran yang murah, Uber telah menjadi salah satu mod pengangkutan utama di pelbagai bandar. Data aliran trafik ini semestinya salah satu perkara yang penting, terutamanya kepada pihak berkuasa tempatan dalam mengoptimasikan lagi aliran dan mengatasi pelbagai masalah yang sedia diketahui dan dialami ketika penggunaan Uber.

Buat masa ini, Uber hanya berkongsi data di beberapa bandar terpilih sahaja – memandangkan mereka ingin menawarkan akses kepada data yang mencukupi, dan pada masa yang sama melindungi aliran dan penggunaan oleh pengguna dan pemandu. Tetapi, dengan perkembangan dari hari ke hari, tidak mustahil untuk kita melihat Uber memperkenalkan Uber Movement ini pada semua bandar yang mereka beroperasi – sebaik sahaja data di sesuatu lokasi dianggap mencukupi.

Layari : Uber Movement


TIPS & ULASAN