Tahun lalu penggunaan memori sebesar 6 Gigabyte mula muncul pada peranti pintar untuk pasaran China. OnePlus 3 dan LeEco Le Pro 3 ialah contoh dua peranti dengan saiz RAM yang besar ini. Tahun ini penggunaan RAM sebesar 8 Gigabyte dijangka meletus dengan Asus Zenfone AR menjadi peranti pertama dilengkapi RAM sebesar ini.
SK Hynix, pengeluar memori kedua terbesar di dunia selepas Samsung mengumumkan penghasilan RAM 8 Gigabyte LPDDR4X mereka. Ini menjadikannya RAM terpantas di pasaran untuk kegunaan peranti pintar dengan kelajuan mencecah 34.1 Gigigabyte sesaat dan penjimatan tenaga sebanyak 20%. Pada waktu yang sama ia mempunyai rekaan lebih kecil 2 x 12.7 mm dengan ketebalan di bawah 1 mm. Sebagai perbandingan RAM sebesar 8 Gigabyte keluaran Samsung Oktober lalu mempunyai saizĀ 15 x 5 x 1 mm
Penghasilan modul memori berkapasiti tinggi ini ialah bagi memenuhi keperluan pasaran. Secara purata tahun lalu peranti pintar dilengkapi RAM sebesar 3.5 Gigabyte dan dijangka meningkat ke 6.9 Gigabyte menjelang 2020.