Dron Yang Direka Untuk Terbang Selama 10 Hari Melengkapkan Ujian Penerbangan Selama 56 Jam

Dron Yang Direka Untuk Terbang Selama 10 Hari Melengkapkan Ujian Penerbangan Selama 56 Jam

Diterbitkan pada Jan 9, 2017 oleh .

Penggunaan dron di medan perang akan meningkat kerana ia mengurangkan risoko anggota tentera kehilangan nyawa ketika melakukan operasi. Dron udara yang digunakan sekarang mampu terbang sekala 32 jam tanpa henti. VA001 ialah dron yang dibangunkan oleh Vanilla Aircraft dengan sokongan dana dari DARPA dan NASA. Dron berenjin diesel ini direka untuk terbang berterusan selama sepuluh hari.

Dron ini berjaya melakukan penerbangan tanpa henti selama 56 jam sekaligus memecahkan rekod penerbangan dron berkuasa jet dunia. Pada asalnya VA001 sepatutnya terbang selama 120 jam tetapi ujian ditamatkan awal atas sebab cuaca. Dengan kemampuan penerbangan yang amat lama ini, VA001 akan menjadi platform intipan ketenteraan, penyampai isyarat radio untuk tentera dan juga melakukan penderiaan jarak jauh untuk kajian bumi.

 

 


TIPS & ULASAN