Cari @ Amanz

Dalam arena telefon pintar, salah satu peranti yang sangat popular adalah iPhone daripada Apple. Hari ini, 9 Januari, pihak Apple menyambut ulang-tahun ke-10 sejak iPhone diperkenalkan. Untuk yang tidak mengetahuinya, Steve Jobs telah memperkenalkan iPhone di Macworld 2007.

Sejak pengenalan iPhone pada 2007, sehingga kini, ia telah mengubah landskap telefon pintar – dan sering dijadikan perbandingan oleh pengeluar ketika pengenalan peranti masing-masing.

Sehingga kini, telah lebih satu bilion peranti iPhone dijual diseluruh dunia, dan yang paling terkini adalah iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Kedua-duanya menjalankan sistem operasi iOS 10 yang menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk pembantu maya Siri dalam memudahkan pelbagai tugasan.

Bercakap mengenainya, Tim Cook mengatakan iPhone telah menjadi salah satu standard dalam arena peranti mudah-alih, dan memberikan petanda apa yang terbaik daripada mereka akan hadir – dan mereka baru sahaja bermula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd