Android Mempunyai Lebih Banyak Kerentanan Berbanding iOS Sepanjang 2016

Android Mempunyai Lebih Banyak Kerentanan Berbanding iOS Sepanjang 2016

Diterbitkan pada Jan 9, 2017 oleh .

Kerentanan menyebabkan peranti boleh digodam dan maklumat peribadi dicuri. Pada tahun 2015,  iOS didapati mempunyai lebih banyak kerentanan berbanding Andorid. Lain pula ceritanya untuk tahun 2016 dan kini Android pula mempunyai lebih banyak masalah. Ini adalah menurut data yang dikumpul oleh CVE Details.

Sebanyak 523 kerentanan ditemui pada Android berbanding 161 pada iOS. Menarik sekali Debian Linux di tempat kedua dengan 319 kerentanan diikuti oleh Ubuntu Linux (278), Linux Kernel (217). Mac OS X (215) dan Windows 10 (172) . Jumlah kerentenan yang lebih tinggi pada Mac OS X berbanding Windows 10 adalah agak mengejutkan kerana selama ini sistem operasi Apple ini amat terkenal dengan sistem sekuriti yang lebih baik dari produk keluaran Microsoft.


TIPS & ULASAN