Cari @ Amanz

Teknologi pengecasan panta kini bukan sahaja telah digunakan pada peranti pintar malah sudah mula digunakan pada komputer riba. Pengamalan menanti lebih daripada tiga jam untuk peranti dicas sepenuhnya semakin lama semakin pupus. Peranti kelas permulaan sekalipun sudah menyokong format pengecasan QuickCharge 2.0 oleh Qualcomm. Kini teknologi pengecasan pantas diperlihatkan pada bateri kenderaan elektrik keluaran Samsung SDI.

Teknologi bateri yang diperlihatkan membolehkannya dicas sehingga 80% dalam masa hanya 20 minit. Bateri yang dihasilkan ini mempunyai caj yang cukup untuk memberikan jarak perjalanan sehingga 600 kilometer dengan sekali caj. Walaubagaimanapun bateri ini hanya akan dijual secara komersial pada tahun 2021.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd