Cari @ Amanz

Apple sejak daripada tahun lepas telah diperkatakan bakal hadir dengan sehingga tiga iPad baru untuk 2017 ini. Kini, laporan baru hadir daripada penganalisa Ming-Chi Kuo di KGI Securities, sekali lagi menekankan perkara berkenaan.

Penganalisa ini sebelum ini pernah hadir dengan sejumlah informasi berkaitan Apple berdasarkan kepada informasi daripada rantaian bekalan – dan boleh dikatakan kebarangkalian ia tepat adalah agak tinggi.

Menurut penganalisa berkenaan, Apple dijangka memperkenalkan tiga model – iaitu bersaiz 9.7-inci, bersaiz sekitar 10.5-inci dan 12.9-inci.

Seperti ramai sedia maklum, model 12.9-inci akan menjadi kemaskini untuk iPad Pro, sementara model 9.7-inci pula dijangka akan menjadi iPad pada harga paling rendah. Untuk model sekitar 10.5-inci berkenaan, ia diperkatakan beberapa kali sebelum ini yang mana ia mungkin menjadi salah satu model dibawah iPad Pro dengan rekaan kerangka tepi yang nipis serta penawaran spesifikasi tinggi.

Walaupun dengan pengenalan tiga model baru ini, penganalisa berkenaan menyasarkan pengeluaran mungkin akan berkurangan pada tahun 2017 berbanding sebelum ini. Perkara ini mungkin kerana para pengguna jarang menukar tablet kepada versi baru terkini berbanding dengan telefon pintar.

Seperti biasa, kita sama-sama akan mengetahui sama ada informasi baru ini tepat ataupun tidak melalui pengumuman Apple yang dijangka dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd