Informasi Teknologi Terkini

Yi Technology sebelum ini telah hadir dengan kamera aksi tersendiri, dan menawarkannya sebagai alternatif untuk GoPro. Kini, syarikat dibawah ekosistem Xiaomi berkenaan telah pun memperkenalkan sebuah lagi kamera aksi baru dengan kemaskini spesifikasi, dinamakan sebagai Yi 4K+.

Melalui kamera aksi ini, pengguna kini ditawarkan kebolehan rakaman video pada resolusi 4K dengan kadar rakaman 60fps – sekaligus menjadikan Yi antara yang terawal memperkenalkan sokongan rakaman pada kadar 60fps, lebih awal daripada GoPro.

Yi 4K Plus

Yi 4K+ ini juga turut hadir dengan sokongan penstabilan imej elektronik, selain pada masa yang sama menawarkan sokongan audio yang lebih baik berbanding versi sebelum ini. Kamera aksi ini turut menyertakan sokongan rakaman dalam bentuk RAW – dan menawarkan sambungan berasaskan USB-C.

Harga jualan untuk kamera aksi ini tidak diumumkan buat masa ini. Bersama-sama kamera aksi ini, pihak Yi Technology turut mempertontonkan dron mereka, iaitu Yi Erida.

Yi 4K Plus

TIPS & ULASAN